Category

Telur Dibasuh Goreng

Untuk pengetahuan korang telur adalah sumber protein yang baik untuk badan namun jika diambil secara berlebihan makan berlebihan lah berat badan anda tetapi tidak termasuk mereka yang jenis makan banyak tapi badan tak naik-naik jugak. Haih! bertuahnya. 
Bagi orang bujang seperti aku yang masih lagi tinggal menyewa bersama kawan-kawan yang semestinya di rumah bujang pastinya telur goreng menjadi pilihan untuk dimakan kerana kos yang murah lagi sedap. Apa yang aku perasan adalah, jika makan nasi bersama hanya telur goreng mungkin ditambah bersama kicap mesti orang akan cakap ini makanan orang yang mempunyai bajet rendah. Yes! aku akui ini gaya orang berjimat namun jikalau korang perasan kalau menu-menu lain seperti burger, char kuey teow, roti canai dan lain-lain, jika ditambah telur ia akan jadi sangat istimewa seperti burger special, char kuey teow special dan sebagainya. 
Okay. aku nak kongsi gambar telur goreng yang sedap mata memandang apatah lagi ketika menikmatinya kan? Confirm lah Telor Dibasuh terliur tengok entry aku kali ini. HAHAHA!