TENTANG KAIO

Siapa Kaio?

Bimillahirahmanirahim! Assalammualaikum dan salam sejahtera! Pertama sekali saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini. Mungkin ada di antara anda yang berminat untuk tahu tentang saya maka anda telah sampai ke halaman ini. Baiklah! Saya mulakan dengan mengenalkan diri saya. Nama saya ialah Anwar Abdullah dan anda boleh panggil sahaja Kaio (Kai-yo)

Saya adalah graduan dari Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.

Saya adalah seorang pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Saya telah memulakan karier sebagai pemandu pelanconfg sejak tahun 2008. Saya telah mengikuti kursus pemandu pelancong di sebuah institusi latihan pelancongan di ibukota. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu pelancong sebelum melanjutkan pelajaran di universiti swasta. Kadang-kadang ada yang bertanya kepada saya, kenapa hendak sambung belajar walaupun telah mempunyai kerjaya sebagai pemandu pelancong dan sudah boleh cari makan sebagai pemandu pelancong.

Di usia yang muda ketika itu saya masih lagi seperti remaja-remaja lain yang dambakan sebuah kehidupan di kampus sebagai pelajar. Selain dari itu saya juga menyambung pengajian untuk mendapatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Saya juga melakukan kerja-kerja fotografi dan videografi untuk majlis, seminar, perkahwinan, konsert, video korporat dan lain-lain. Bekerja sebagai freelance photographer, videographer & editor membolehkan saya belajar lebih dalam lagi tentang industri kreatif (video, photo & motion) berbekalkan pendidikan yang tidak formal (belajar sendiri berdasarkan rujukan di internet dan video tutorial) saya mendikit-dikit memperoleh ilmu dalam bidang ini di samping mempunyai kenalan yang berada dalam bidang yang sama. Dari situlah saya meningkatkan kemahiran saya dalam bidang kreatif ini. Anda boleh lihat portfolio video saya di channel KAIO STUDIO TV

WAWANCARA SEBAGAI PEMANDU PELANCONG DALAM RANCANGAN MALAYSIA HARI INI (MHI) 2011

WAWANCARA DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN PEMANDU PELANCONG DALAM MAJALAH ANIQAH EDISI DISEMBER 2012

Artikel perkongsian kerjaya Pemandu Pelancong dua muka surat dalam kolum INSPIRASI GEN Y akhbar Berita Harian (12 Julai 2014)

Saya seorang yang positif dan minat melancong.

Panggil sahaja Kaio (Kaio-yo)

Follow saya di  twitter @kaio_my  dan instagram @kaio_my

Do keep in touch and hope you are enjoy reading my blog peeps! anything just hit me on FB or twitter.