Category

Buffet Ramadhan PICC Cafe Meraikan Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah (VIDEO)

  • 18 July, 2014

Buffet Ramadhan PICC Cafe – PICC raikan anak-anak yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah

Tanggal 17 Julai 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah menganjurkan sebuah majlis berbua puasa bersama-sama 40 anak-anak yatim dari Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang sebagai tanda permulaan komitmen berterusan untuk membantu individu-individu yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan melalui program CSR.

“Ini adalah permulaan kami untuk terus membantu golongan yang amat memerlukan teruatamanya kanak-kanak menhelan hari lebaran,” kata Encik Badlishah Hj Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PICC Sdn Bhd.

Tambah beliau,”Senyuman yang terukir di wajah kanak-kanak ini amat bermakna kepad akami kerana itulah antara tujuan utama kami mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama mereka,”

Anak-anak Baitul Barokah Wal Mahabbah yang berusia tujuh hingga lima belas tahun telah diberikan sumbangan duit raya setiap seorang. Mereka juga telah dibawa melawat prasarana dan dewan-dewan yang terdapat di PICC sebelum waktu berbuka puasa.

Apa yang menariknya, anak-anak ini turut menerima sumbangan Dunkin Donuts yang baru dibuka di PICC. Aktiviti Ramadhan ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa di PICC Cafe di mana anak-anak Baitul Barokah Wal MAhabba dijamu dengan pelbagai juadah enak.

“Kami amat bertuah kerana dijemput oleh pihak PICC dan ia merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan,” kata Puan Norlida Rasidi, pegawai pentadbir Baitul Barokah Wal Mahabbah.

Seramai 74 orang anak-anak berusia antara tujuh hingga lima belas thaun menjadi penghuni Baitul Barokah Wal Mahabbah. Rumah ini memerlukan bantuan kewanagan dari orang ramai untuk menanggung kos keperluan asas seperti barang runcit dan pendidikan. Orang Ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Baitul Barokah Wal Mahabbah di talian berikut.

  • 012-2275393
  • 013-6785972
IMG_7462
IMG_7463

Kehadiran Blogger Memeriahkan Suasana

Selain dari itu kehadiran blogger juga turut memeriahkan suasana. Dengan kehadiran dari Kelab Blogger Ben Ashaari, ia sekaligus memberikan liputan meluas dalam dunia blog selain dari itu blogger fotografi dan videografi iaitu saudara Anwar Abdullah dari blog www.kaio.my turut hadir untuk mendapatkan gambar-gambar dan video yang berkualiti dan professional.

DCIM103GOPRO
DCIM103GOPRO

Juadah Tradisi Buffet Ramadhan PICC Cafe Menggamit Selera

Di kala hadir ke Buffet Ramadhan PICC Cafe, ternyata dekorasi cafe yang teratur dan luas ditambah pula dengan susunan makanan buffet yang bersistematik memperlihatkan buffet ramadhan PICC Cafe ini berada di kelasnya yang tersendiri. Hindangan Tradisi Buffet Ramadhan PICC Cafe bermula dari 30 Jun sehingga 25 Julai 2014. Bertemakan “Warisan Budaya Hindangan Tradisi”, ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilepaskan.

Antara hidangan utama yang menjadi tumpuan adalah Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa dan lain-lain hindangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan melayu. Buffet Ramadhan PICC Cafe ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti,

  • Pembuka Selera
  • Sup Masyuk Berasap
  • Gerai Utama PICC
  • Mangkuk Pedas
  • Kawah Berapi
  • Sejuk Badan
  • Kebun Buah Pak Rusmie
  • Dahaga
IMG_7446
IMG_7444
IMG_7449
IMG_7454
IMG_7524
IMG_7521
IMG_7520
IMG_7519
IMG_7518
IMG_7515
IMG_7514
IMG_7513
IMG_7506
IMG_7504
IMG_7503
IMG_7499
IMG_7496
IMG_7494
IMG_7482
IMG_7481
IMG_7480
IMG_7479
IMG_7477
IMG_7476
IMG_7469
IMG_7550

Para Pengunjung juga disajikan dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan oleh Rosma AF dan Khai AF sepanjang tempoh promosi ini sambil menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya. Tambahan lagi, pengunjung boleh memenangi ‘Cabutan Bertuah’ dengan hadiah utama ‘DUIT RAYA TUNAI’ sebanyak RM3,000.00 disamping hadiah-hadiah sampingan bernilai lebih RM10,000.00. Antaranya ialah TV LED 40 inci dan teledon pintar Samsung Note 3 dan lain-lain. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Syawal di Laman Facebook PICC.

Tempahan Buffet Ramadhan PICC Cafe

Bagi tempahan untuk buffet ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162 ‘Cafe @ PICC’ akan terus dibuka kepada orang ramai yang ingin bertandang untuk hindangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 malam pada harga RM15.00 seorang.

PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa dan rumah terbuka Aidilfitri korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa mahupun sambutan Aidilfitri bersama kakitangan mereka. Sekiranya berminat, sila hunbungi talian 03-8887 6000 atay lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas, bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau twitter @piccmalaysia

Bagi mendapatkan maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my

PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia
Twitter : @piccmalaysia

FOLLOW KAIO DI INSTAGRAM (KLIK SINI)TWITTER (KLIK SINI) DAN FACEBOOK(KLIK SINI)