Category

Jenis Kamera Dan Lensa Yang Digunakan oleh Anwar Abdullah @ Kaio

  • 24 June, 2015

KAMERA YANG MAHAL TAK SEMESTINYA MENGHASILKAN GAMBAR YANG CANTIK TETAPI ILMU FOTOGRAFI DAN SENI MELIHAT ITU LEBIH PENTING.

Memandangkan aku ada buat perniagaan fotografi dan videografi, memang aku memerlukan peralatan yang baik (dan agak mahal) untuk mendapatkan hasil yang bagus. Tetapi seperti yang dinyatakan di perenggan awal tadi, kamera yang mahal tak semestinya menghasilkan gambar yang cantik tetapi ilmu fotografi lebih penting. Selain dari itu, seni melihat juga harus ada pada mata mereka di sebalik kamera itu. Tak kiralah kamera DSLR ke, kamera telefon bimbit ke, kamera ‘point & shoot’ atau lain-lain. Yang penting cara ambil gambar,  dan cara memproses (editing) gambar tersebut untuk nampak lebih cantik mengikut selera pembidik kamera tersebut.

Jadi kepada korang yang baru nak start fotografi boleh je bermula dengan kamera asas mengikut bajet yang korang sanggup keluarkan untuk permulaan. Macam aku dulu bermula dengan kamera Canon DSLR 550D dengan kitlens. Benda yang paling aku suka kat kamera ini dia boleh rakamkan video 1080p HD. Di mana aku mula main video menggunakan DSLR dari situ dan sambil-sambil asah lagi skill aku main foto! Dan pada April 2014 aku beli kamera full frame Canon 6D sebagai kamera utama dan aku jadikan Canon 550D aku sebagai kamera back up. Cuma masalahnya susah sikit nak matchkan lensa dan kualiti video/gambar antara Canon 550D dan Canon 6D memandangkan performances ISO antara dua kamera ni betul-betul berbeza dan akhirnya pada MAY 2015 aku jual Canon 550D dan beli lagi sebijik Canon 6D sebagai kamera kedua aku untuk job.

IMG_4334

LENSA-LENSA YANG DIGUNAKAN OLEH KAIO

1. SIGMA 50MM 1.4 DG HSM

Okay, memandangkan aku dah pakai kamera DSLR Canon, aku pun memang kena beli lensa yang compatible dengan kamera DSLR model Canon lah. Antara lensa pertama yang aku beli bersama Canon 6D aku dulu adalah SIGMA 50mm 1.4! Lensa ini boleh aku cakap agak kacak lah dengan sharpness dia, colouring dia yang lebih baik dari Canon 50mm 1.4 (dari pandangan mata aku) dan bokeh aperture 1.4 dia yang sangat kacak!

Sepanjang aku menggunakan lensa ini memang ia tak pernah mengecewakan aku. Tak kiralah dari segi kelajuan auto focusing dia, sharpness dia dan colouring dia. Ini juga antara lensa kegemaran aku. Sebab 50mm antara lensa yang harus ada dalam beg setiap jurugambar. Lensa ini aku beli pun yang terpakai dengan harga RM1,300 masa tu (kalau baru dalam RM2000+). Masa tu model SIGMA 50mm 1.4 ART (model terbaru) belum keluar lagi. Kalau baru pun, sekarang harga dia kalau yang terpakai pun dalam RM2,500. Kalau yang baru harga boleh cecah lebih dari RM3,500.

Berbalik kepada lensa, 50mm biasanya dikenali sebagai must have lens dan lens ini juga popular di kalangan street photographer dan mereka yang suka kan gambar ala-ala portraiture. Dengan lensa ini, hasil portraiture boleh dikecapi. Aku share sikit beberapa contoh gambar yang guna lensa Sigma 50mm 1.4 ini. (gambar aku dah kecilkan saiz kurang dari 200kb sebab nak jimat storan hosting laman web dan nak cepatkan gambar muncul. Jadi jimat bandwith korang dan tak perlu tunggu lama)

IMG_4328
13890578721_ab53226eb7_o
13926159434_0541ce8cb1_o
14552964680_f65e8df81b_o
14747893754_5bc87eb7ab_o
14750108365_ec0cf04c22_o
15271995791_27abd2c91b_o

2. SETERUSNYA LENSA ULTRA-WIDE Canon 17-40mm f4L

Lensa ini aku baru je beli, beli pun yang terpakai juga dalam RM2000 sebab kondisi dia SANGAT-SANGAT BAIK!  antara sebab aku memerlukan ultra wide lens adalah bila aku kena shoot di tempat yang sempit dan sukar untuk mendapatkan kesemua subject untuk masuk ke dalam frame gambar terutamanya group photo. Aku pun main video. Antaranya aku akan guna stabilizer. Untuk stabilizer ini biasanya kita akan guna lens yang agak wide untuk dapatkan dinamik pergerakan kamera yang yang cantik.

Selain dari itu, ultra-wide lens ini sangat popular di kalangan jurugambar senibina bangunan (architecture). Dek kerana lensa ini mampu membuatkan tempat yang sempit nampak sangat luas! Selain dari gambar seni bina bangunan, lensa ini juga popular di kalangan jurugambar landscape!

Cuma aku tak berapa berkenan dengan lensa ini sebab aperture dia f4. Jadi performance low light dia agak kurang bagus. Walaupun kamera Canon 6D mempunyai performance ISO yang bagus untuk shoot di tempat gelap. Tetapi masih belum cukup bagus. Sebab aku pernah kena shoot satu acara hari jadi di sebuah restoran mewah di tingkat 57 KLCC, suasana sangat malap dan aku terpaksa bergantung kepada lensa 50mm 1.4 aku untuk dapatkan gambar dan video di tempat yang gelap. Di masa hadapan aku merancang untuk mendapatkan Canon 16-35mm f2.8 ataupun 24mm 1.4 bergantung kepada bajet dan keperluan aku.

IMG_4332
DSC00746-2
IMG_4153
15788525418_ba5c7e9398_o
14747011851_0c998e7442_o
IMG_3668
IMG_3300

LENSA Canon 70-200mm 2.8L IS USM Mark 1

Lensa tele-zoom ini memang sangat berguna kalau untuk orang yang cover event. Terutamanya acara-acara yang kita tak boleh untuk datang dekat kepada subjek macam konsert ke, acara makan malam, acara rasmi dan sebagainya. Selain dari itu, tele-zoom pun agak berguna kalau kita nak amik subjek kita secara candid. Di mana subjek takkan tahu yang kita nak ambil gambar dia sebab kedudukan jurugambar akan berada agak jauh. Jadi ia membolehkan jurugambar mendapatkan gambar yang lebih semulajadi. Ohya. Lensa ini juga agak popular juga  di kalangan jurugambar portrait!

Lensa ini juga dibeli secara terpakai dengan harga RM4,000. Dan memang dah tiada model baru kerana model baru nya mark 2 sudah berada di pasaran dengan harga barunya mencecah sehingga RM8,000. Tetapi memandangkan performance mark 1 dan mark 2 tiada jauh bezanya, maka canon 70-200 2.8L IS USM mark 1 sudah memadai. Cuma kalau low light performance sahaja model baru mark 2 lebih baik sedikit.

IMG_4327
IMG_6625
IMG_6590
ROM_0295
ROM_0459
14563568067_0ea6c65470_o
14769913843_4500f3b10d_o

Aku dah kongsikan beberapa peralatan kamera yang aku guna untuk fotografi. Aku bukan DSLR ini untuk fotografi sahaja, tetapi juga untuk tugasan videografi. Di mana korang boleh gelarkan aku sebagai hybrid-shooter (jurufoto & juruvideo). Kepada korang yang baru sahaja bermula fotografi atau pun dah lama, aku ucapakan selamat datang ke blog picisan ini. Aku hanya sekadar berkongsi cerita kepada korang, Yela, bak kata pepatah, bila kita memberi, lebih banyak yang kita terima.

Kepada mereka yang baru nak bermula dengan fotografi, teruskan minat anda. Mana tahu dari hobi ini boleh menjana pendapatan untuk korang jugak kan. Bermula dengan kamera yang mahal tak semestinya menjadikan kita seorang jurugambar hebat. Tetapi carilah ilmu, rajin-rajin mengambil gambar, perbaiki teknik, asah seni melihat, ikut-ikut jurugambar lain. jangan malu bertanya.

Jadi korang yang dah singgah blog ni. dah baca-baca tu. mohon komen lah ye! terima kasih dan jumpa lagi.