Category

Race Day – MotoGP 2012 Sepang

2 – MotoGP 2012 Sepang

Hari kedua aku di MotoGP 2012 Sepang bermula dengan cuaca yang agak terik dan aku pun sudah mula bermonolog dalaman,

Kejap lagi ni confirm hujan, syok jugak kalau hujan boleh tengok racer jatuh satgi! hahaha!

Tak sangka mulut aku ini boleh tahan masin juga kan? Hujan juga turun selepas tamat perlumbaan moto2. Untuk perlumbaan Moto3 dan Moto2 aku tak tengok di litar sebab aku keluar dari kawasan litar dan singgah sebentar di KLIA dan kemudian makan tengah hari di Chaterfield Sepang. Selesai Makan tengah hari aku terus ke Litar dan aku berkesempatan untuk menyaksikan perlumbaan kategori MotoGP 2012 Sepang.

MotoGP 2012 Sepang – VIP Paddock

Kalau tak silap aku untuk mendapatkan tiket di bahagian VIP Paddock MotoGP 2012 Sepang ini harga dia yang paling murah pun dalam RM1k++ juga. Jadi, ada juga tiket yang mencecah sehingga RM2k++. Kiranya dapat juga lah aku merasa menyaksikan perlumbaan dari view VIP Paddock ini kan. PERCUMA pula tu kan? Jadi ini lah antara kelebihan-kelebihan dengan bekerja sebagai pemandu pelancong. Tapi tak semua dapat sebenarnya. Hanya sesetengah sahaja yang dapat itupun kalau bernasib baik lah. (Kira bernasib baik juga lah aku ini, Alhamdulillah. hoho!)

Beberapa Snapshot yang aku sempat ambil dari rooftop VIP Paddock – MotoGP 2012 Sepang

:)

So, silalah tinggalkan komen korang kat bawah ya! Thanks in advance! 

MotoGP 2012 Sepang.46ducati