Category

Iftar Ramadhan eWana.Fm di Pak John Steamboat Bersama Bloggers (VIDEO)

  • 10 July, 2014

Iftar di Steamboat Pak John The Curve Damansara

Okaylah. Kalau nak diikutkan memang dah lama aku dah menulis blog. Lebih-lebih lagi kalau nak buat perkongsian maklumat. Dek kerana aku sejak kebelakangan ini lebih sibuk dan menumpukan kerja-kerja videography dan videography termasuklah kerjaya dalam bidang hartanah (tak ramai yang tahu) aku bertambah malas nak menulis. Tetapi dek kerana keterlanjuran aku terlibat dalam acara Iftar Ramadhan eWana.FM di Pak John Steamboat bersama Bloggers, aku pun ambi kesempatan ini nak mengemaskini blog aku yang aku kira agak bersawang ini.

Aku hadir sebagai sponsor untuk video pada acara iftar ramadhan kali ini. Walaupun penglibatan KAIO STUDIO agak lewat namun demikian, dek kerana pihak penganjur yang agak efisyen telah melancarkan lagi proses penajaan video dari KAIO STUDIO. Aku agak kurang mendapat maklumat berkenaan acara kali ini. namun demikian aku difahamkan acara iftar ini juga turut sama meraikan anak-anak yatim dan memberikan sumbangan kepada mereka juga.

Pelancaran Album Raya artis eWana.FM

Selain dari itu, di acara iftar ramadhan di Pak John steamboat ini turut diadakan pelancaran album raya artis eWana.fm jikalau aku tidak silap. Yang aku kira lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut juga boleh tahan. Dengan alunan serta sentuhan muzik yang moden tetapi masih mengekalkan keaslian dan keunikan sambutan hari raya itu sendiri. Aku kira album itu juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

APA YANG MENARIK TENTANG PAK JOHN STEAMBOAT?

  • Kini (2014) mempunyai dua cawangan iaitu di Wangsa Walk Mall dan [email protected]
  • Mereka mempunyai kilang sendiri memproses makanan sendiri
  • Kilang mereka mempunyai persijilan HACCP, ISO dan HALAL
  • Mempunyai kilang berteknologi tinggi di mana mereka mementingkan kualiti dan kebersihan
  • Pihak Pak John Steamboat telah menderma RM3000 kepada rumah anak yatim yang terlibat ketika majlis Iftar kali ini.
  • Yang penting sekali makanan mereka SANGAT SEDAP DAN BERPATUTAN!!

Penglibatan Bloggers di Iftar Ramadhan

Penglibatan dari para bloggers juga agak memberansangkan. Aku lihat agak ‘full house’ jugalah restoran Pak John Steamboat ini. Dengan penglibatan dari bloggers yang ‘happening’, memeriahkan lagi majlis iftar ramadhan kali ini. Namun demikian, tidak dilupakan juga artis-artis yang turut sama hadir memeriahkan acara iftar kali ini seperti Iqwal Hafiz, Ana Raffali dan ramai lagi termasuklah selebriti youtube dan model yang bertanding di pertandingan ratu cantik Malaysia.

Sponsor videography oleh KAIO STUDIO

Anda boleh follow segmen Hai Bloggers yang dikendalikan oleh Halim Brothers dan follow radio online eWana.FM serta Pak John Steamboat sebagai panaja lokasi.

invitation02
IMG_7112
IMG_7123
IMG_7126
IMG_7129
IMG_7130
IMG_7131
IMG_7132
IMG_7133
IMG_7135
IMG_7136
IMG_7138
IMG_7151
IMG_7164
IMG_7171
IMG_7178
IMG_7179
IMG_7204
IMG_7208