Pertandingan Video Pendek Celcom Escape Shots

APA ITU ESCAPE SHOTS?

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat bagi negara Malaysia di mana tarikh tersebut terjadinya peristiwa penting suatu ketika dahulu. Seluruh rakyat Malaysia tidak terkecuali untuk menyambut tarikh keramat tersebut kerana pada detik itulah negara kita yang tercinta ini mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.

Tepat jam 12:01 pagi tanggal 31 Ogos 1957 bertempat di Dataran Merdeka, di situlah bendera negara kita telah dikibarkan buat julung kalinya selepas bendera Union Jack diturunkan. Erti kemederkaan amat penting buat kita semua rakyat Malaysia kerana ia adalah usaha keras nenek moyang kita dahulu yang berjuang untuk membebaskan negara kita dari jajahan kuasa asing.

Saban tahun, rakyat Malaysia senantiasa melahirkan rasa cintakan negara dengan pelbagai cara. Contohnya dengan mengibarkan jalur gemilang di kenderaan, bangunan-bangunan, rumah dan pelbagai aktiviti kemerdekaan dijalankan dalam bulan ogos yakni bulan kemerdekaan.

ESCAPE SHOTS dari Celcom adalah sebuah pertandingan video pendek yang dianjurkan untuk rakyat Malaysia menzahirkan semangat kemerdekaan yang menular dalam jiwa. Pertandingan video pendek yang bertemakan “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, dengan durasi maksimum 3 minit ini boleh disertai oleh seluruh lapisan masyarakat.

Hadiah lumayan  wang tunai berjumlah RM157,000 kini menanti para peserta. Maka dengan itu, para peserta haruslah menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup 9 September 2014.