Makan Malam Menu Mediterranean di Corona Del Mar Damansara kaio20 October, 2014Advertorial12Share

Corona Del Mar Damansara

Corona Del Mar adalah sebuah perkataan dalam bahasa sepanyol dan dalam bahasa inggeris ia bermaksud ‘Crown of The Sea’ ataupun dalam bahasa ibunda kita ia bermaksud ‘Mahkota Laut’. Corona Del Mar adalah sebuah kota kecil yang terletak di Newport Beach, California USA. Namun demikian Pemilik restoran Mr. Alex telah membuka sebuah restoran Corona Del Mar Damansara yang terletak di The Strand Kota Damansara. Bukan sahaja terletak di lokasi yang strategik tetapi ia juga menawarkan menu Mediterranean yang sememangnya sedap dan lazat!

Makan malam di Corona Del Mar ini adalah atas jemputan dari seorang blogger travel sensasi iaitu Rayyan Haries yg baru pulang dari Jepun setelah menetap di sana selama 3 bulan dan kini (ketika artikel ini ditulis) berada di Indonesia untuk 6 bulan-setahun yang akan datang. Tidak dilupa juga rakan beliau iaitu Aemi Elizabeth Sullivan dan Qistina Harrisa rakan kerja sukarela di Jepun dahulu. Sayang pula sebab Norfa Nil dan Syukri Tahir tak dapat hadir.

** ohya! tidak dilupa juga kepada Halim Brothers yang turut sama datang! heheh! (maaf awak senyap sangat masa dinner.)

Apa Yang Menarik di Corona Del Mar Damansara

Berbalik kepada restoran Corona Del Mar Damansara. Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh pekerja restoran terutamanya Melisa ‘Floor Manager’ restoran tersebut. Dekorasi Restoran juga berkonsepkan agak mewah kerana ia adalah sebuah restoran berkonsepkan ‘Fine Dining’.

Tanpa membuang masa lagi marilah kita terus ke menu-menu yang kami telah cuba ketika berada di sini.