Lawatan Ke Chin Swee Temple

Okay korang semua, ini aku nak cerita sikit kat korang tentang Chin Swee Temple yang terletak di Genting Highland. Di mana tokong ini terletak tidak jauh dari puncak genting highland itu sendiri. Al-kisahnya, pada hari raya yang ke-3 hari itu aku sebenarnya kerja. Oh, aku kerja apa? aku kerja biasa-biasa aje, sebagai pemandu pelancong. Aku dah buat kerje pemandu pelancong ni nak masuk tiga tahun dah sejak tahun 2009. So, untuk tour kali ini aku bawa rombongan dari Pontianak, Indonesia. Tempat itu dekat dengan Kuching, Sarawak. 
Okay berbalik pada topik entry kali ini, Chin Swee Temple ini sebenarnya adalah tokong taoist. Tokong ini dibina dengan sumbangan seratus peratus dari Genting Berhad. Pada hari jadi the late Tan Sri Lim Goh Tong yang ke 90, beliau telah menyumbangkan sebanyak RM10 Juta kepada tokong ini. 
Dan antara fakta-fakta lain, gua di tokong inilah yang menjadi tempat perlindungan ketika beliau sedang meneroka kawasan genting ini. Oleh kerana tempat inilah yang menjadi  tempat perlindungan beliau ketika itu, lalu beliau membina tokong ini demi berterima kasih kepada tuhannya atas kesejahteraan ke atas diri beliau. Itu adalah antara serba-sedikit cerita yang aku dapat. p/s : di Malaysia agama rasmi adalah agama islam, tetapi agama dan bangsa lain masih boleh menganuti agama dan budaya masing-masing. Respect each others k. TQ