Kemalangan Di Persimpangan Maut TTDI Jaya Shah Alam

Pada hari Ahad yang lepas pada 25hb September, berdekatan dengan Politeknik Shah Alam, satu kemalangan telah berlaku di mana melibatkan sebuah penunggang motosikal dan sebuah kereta iswara aeroback LMST. Penunggang motosikal adalah lelaki dan mangsa yang menaiki kereta adalah perempuan. Dua orang kalau tak silap. Kerana masa aku sampai aku masih terlihat dua orang mangsa masih di dala kereta. Punca kemalangan dari pemerhatian aku adalah berpunca dari langgar lampu merah. Tetapi aku tidak pasti siapa yang bersalah samada motor ataupun kereta yang melanggar lampu merah tersebut. Dari gambar yang bakal dipaparkan ini aku rasa korang boleh agak bagaimana kemalangan ini berlaku. Ohya. di persimpangan ini juga digelar persimpangan maut kerana banyak kemalangan pernah berlaku di sini. p/s: jangan langgar lampu merah.