Vlog – Istana Negara

Vlog – Istana Negara

Istana Negara bersama Kaio

Istana Negara Malaysia yang terletak di Jalan Istana ini pada asalnya adalah milik seorang bangsa cina yang kaya raya yang bernama Chan Wing. Pada Tahun 1942 – 1945 Istana Negara ini pernah digunakan sebagai markas tentera jepun. Selepas pihak jepun menyerah diri kepada pihak british Istana ini menjadi hak milik kepada kerajaan negeri selangor dan dijadikan istana pagi sultan selangor. Selang beberapa tahun kemudian, Istana ini dibeli oleh kerajaan Wilayah Persekutuan dan dijadikan sebagai istana rasmi Malaysia.

Tarikan Di Istana Negara

Untuk pengetahuan korang semua, Istana Negara kini menjadi salah satu tarikkan pelancong luar dan juga dalam negara. Kerana para pelancong yang bernasib baik akan dapat melihat istiadat penukaran pengawal istana setiap satu jam. Pegawal istana yang berdiri dan berkuda akan ditukar setiap satu jam.

Untuk pengetahuan korang semua pengawal Istana Negara ini terdiri dari Rejimen Askar Melayu Diraja. Mereka juga pernah berkhidmat di Bukingham Palace yang terletak di United Kingdom pada tahun 2008.

Ingin Masuk ke Istana Negara ?

Pada setiap 1 Syawal setiap tahun, Istana Negara Malaysia akan dibuka kepada orang ramai untuk datang beraya bersama Agong. Tapi dengan syarat dilarang memakai pakaian berwarna kuning, bukan kerana pihak kerajaan phobia gejala himpunan BERSIH yang lalu #LOL , tetapi warna kuning adalah warna diraja dan hanya dibenarkan kepada kerabat diraja sahaja.