Siapa Penyanyi Cover Lagu Next Aidilfitri – Azhar Mustapa (VOSCAPEMY)

Siapakah Gerangannya Azhar Mustapa?

Buat korang yang masih belum mengenali Azhar Mustapa, beliau adalah seorang penyanyi yang lahir dari Youtube Malaysia. Bermula dengan menghasilkan video lagu cover di akaun youtube dan kini sudah mula menerima jemputan membuat persembahan nyanyian di pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, majlis korporat, acara di universiti dan pelbagai lagi. Selain dari itu Azhar Mustapa juga adalah salah seorang ‘resident artist’ di VOXScapeMY. Selain dari itu Azhar Mustapa juga adalah salah seorang yang menggerakan komuniti Malaysia Youth Talent. Di mana fokus utama komuniti Malaysia Youth Talent ini adalah untuk menengahkan bakat-bakat baru yang dicungkil di media sosial seperti facebook dan laman perkongsian youtube.

Kronologi karier nyanyian Azhar Mustapa

Seperti yang dinyatakan dalam perenggan sebelumnya, Azhar Mustapa yang kian meningkat namanya di persada hiburan Malaysia, turut pernah berkongsi pentas bersama penyanyi popular seperti Encik Mimpi , Anis Syazwani, Tasha Mansahar dan ramai lagi. Kalau korang nak tahu Azhar Mustapa juga pernah membuat penampilan khas dalam sebuah muzik video dari Azlan & The Typewriter yang berjudul Pasar Karat. Selain dari itu Azhar Mustapa juga pernah ke Singapura untuk berkolaborasi bersama penyanyi-penyayi dari rantau asia seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura. Namanya sudah dikenali di luar negara dan tidak mustahil bakal menyerlah di tanah air Malaysia kelak.

“Bermula Dari Bawah”, Azhar Mustapa

Pernah beberapa kali lepak bersembang bersama Azhar Mustapa dan semestinya mestilah berbicara soal karier nyanyian dan misi serta visi beliau dalam industri nyanyian ini. Azhar Mustapa bermula dari bawah. Bermula menyanyi hanya di dalam bilik dan rakaman video tersebut dimuatnaik ke laman perkongsian video youtube. Azhar Mustapa mula mengorak langkah bergiat aktif dalam komuniti Malaysia Youth Talent.

Azhar Mustapa bukan sahaja menyerlahkan bakatnya sebagai penyanyi di hadapan kamera tetapi beliau juga turut sama bergiat bersama team belakang tabir. Beliau juga berkemahiran dalam ‘videoshooting’ dan ‘video editing’. Secara peribadinya memang aku kenal Azhar Mustapa ini. Dengan nyatakanya aku yakin Azhar Mustapa boleh pergi jauh jika beliau mengekalkan ‘attitude’nya yang sentiasa belajar meningkatkan kualiti diri dan sentiasa merendah diri. Aku yakin dengan sikap sedemikian rupa yang sudah ada pada Azhar Mustapamampu menjadi sayap untuk dia terbang lebih tinggi dalam industri nyanyian Malaysia.