Pengenalan Kepada Produk MAC (Apple)

Jenis-jenis Produk Mac dari Apple

Untuk pengetahuan korang, produk Mac dari Apple ada lima jenis yang terdiri daripada Macbook AirMacbook Pro, Mac Mini, iMac dan Mac Pro. Walaupun hanya mempunyai lima pilihan untuk Produk Mac, tetapi pihak Apple sememangnya telah memcipta Mac yang sesuai untuk semua orang.

Jadi, untuk korang yang mungkin berfikir-fikir untuk menggunakan produk Mac dari Apple, korang sememangnya telah datang ke blog yang betul kerana di sini aku akan berkongsi serba sedikit produk-produk dari Mac.

Jadi, Jom kita lihat senarai pilihan produk Mac yang terdapat di pasaran.

Apple Macbook Air

Antara produk mac yang paling mudah alih dan langsing serta menawan ternyata mengiurkan mata-mata yang memandang malahan boleh dikatakan produk mampu milik untuk kategori produk Mac (Apple). bermula dengan harga serendah USD999 untuk model 11 inchi dan Apple Macbook Air juga menawarkan model 13 inchi namun masih lagi dengan pakej lansing dan menawannya dengan ketebalan maksimum hanya 1.7cm sahaja.

Selain dari itu kelebihan Apple Macbook Air adalah kerana mempunyai flash memory storage menggantikan cakera keras. Dengan perubahan itu telah menyebabkan Apple Macbook Air ini bukan sahaja mempunyai kepantasan yang sangat pantas ketika menulis atau mengakses data tetapi ia juga sangat senyap. Kekurangannya hanyalah pilihan ports dan connectors sahaja. Jika korang memerlukan port lebih mungkin korang boleh mencuba Apple Macbook Pro yang sedikit besar.

Apple Macbook Pro

Komputer riba ciptaan Apple iaitu Apple Macbook Pro adalah antara komputer riba yang mempunyai keupayaan untuk menandingi komputer desktop tidak kiralah dari PC ataupun Mac. Ia mampu membuka pelbagai aplikasi tanpa sebarang masalah dan juga berbakti dengan hebat kepada penggunanya. Walaupun tidak selansing Apple Macbook Air namun Apple Macbook Pro tidaklah pula besar gedabak sangat kerana ia masih lagi saiz yang relevan untuk sesebuah komputer riba untuk diusung ke sana dan ke mari tanpa sebarang masalah. Malah ia juga membekalkan lebih port dan juga mempunyai slot untuk kad memori kemera digital.

Dikuasakan dengan cip prosessor Intel i7 dan kad grafik yang maha hebat, Apple Macbook Pro ini memang direka untuk mereka yang dahagakan sebuah komputer riba yang mempunyai kuasa sejati. Sesuai untuk mereka yang gilakan permainan video, pereka grafik, editor video dan jugak penggila aplikasi yang memerlukan komputer mereka berupaya untuk menanggung beban kerja berat tanpa sebarang masalah.

Antara penambah-baikan terkini pada model Apple Macbook Pro adalah Thunderbolt , di mana ia mempunyai keupayaan untuk memindahkan data dengan sangat pantas seperti peranti mudah alih dan produk apple yang terkini iaitu Cinema Display monitors.

*Naik taraf terkini Apple Macbook Pro adalah Retina Display (ketika artikel ini ditulis)

Apple Mac Mini

Korang harus mencari dengan lebih gigih kalau korang nak carik sebuah komputer ‘mini’. Ternyata Apple Mac Mini lebih layak untuk digelar ‘mini’ kerana ia hanya mempunyai ketebalan 3.6cm dan lebar untuk setiap sisi hanya 20cm. Walaupun ia sangat kecil ia mempunyai keupayaan untuk menyimpan data sebanyak 320GG dan dibekalkan dengan prosessor i5 dan juga i7 dan juga beberapa port dan slot untuk kad memori di bahagian belakang Apple Mac Mini ini.

Apple iMac

Dengan ciptaan yang menggunakan aluminium dan paparan skrin yang dihiasi dengan kaca yang berkualiti tinggi sememanganya telah membawa tuah kepada produk Apple. Jika sebelum kemunculan Apple iMac ini, rata-rata produk yang mempunyai keupayaan dan rekaan yang sama adalah berwarna hitam. Namun Apple telah menceriakan rangkaian produk rangkaian ini dengan mencipta sebuah produk yang bukan sahaja cantik tetapi sangat berkuasa!

Disertakan dengan paparan skrin LED dan sangat selesa untuk tatapan mata kita, ia juga sangat menjimatkan elektrik. Jika korang berminat untuk dapatkan produk Apple iMac ini, harga permulaannya adalah USD1299. Sebuah produk Mac yang sesuai untuk semua golongan. Tetapi jika korang ingin mencari sebuah produk Mac yang senang untuk dinaik-taraf, maka sila lihat pula Apple Mac Pro

Apple Mac Pro

Apple Mac Pro tidak didatangkan bersama dengan monitor seperti Apple iMac, tetapi ia hadir bersama dengan keupayaan untuk dinaiktaraf dengan mudah. Berbekalkan casing yang cantik dan mudah untuk dibuka, di dalamnya korang akan dapat tengok 4 ruang untuk memuatkan peranti memori dan sehingga 12 slot untuk meletakan kad prosessor. Ia adalah ruang yang lebih dari cukup untuk menaik-tarafkan Mac Pro korang ini. Dan setakat ini pihak Apple sendiri telah menyatakan bahawa ini adalah “The Fastest Mac Ever”.

Walaupun Apple Mac Pro ini mungkin akan mengoyakan poket korang, ia adalah sebuah perlaburan yang berbaloi (jika korang serius menggunakannya) kerana ia mempunyai ruang untuk menambah peranti memori dan juga kad prosessor. Bayangkan bagaimana prestasinya dengan kuasa yang sebegitu maha hebat! Tetapi pastikan korang menyediakan sekurang-kurangnya USD2999 untuk dilaburkan (atau dileburkan? hohoho)

Rasa-rasnya mana satu pilihan korang? dan kenapa korang pilih yang itu?  – Apple