Category

Gempak Ke Jakel Mall Kuala Lumpur? #GempakRayaJakel2015

  • 21 June, 2015

#GempakRayaJakel2015 di Jakel Mall Kuala Lumpur

Sabtu yang lepas, 20 Jun 2015 yang lalu, aku berkesempatan untuk ke #GempakRayaJakel2015 di bangunan baru Jakel Mall Kuala Lumpur, yang terletak di Persiaran Capsquare Kuala Lumpur. Kebetulan pula pada hari tersebut ada pelancaran koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahamd, Baju Kurung Che Ta dan Koleksi Baju Raya Upin Ipin by Jakel.

#GempakRayaJakel2015

Kalau tak silap, Aaron Aziz memang dah jadi duta baju melayu untuk jakel pada tahun 2013 dan 2014 dan pada tahun ini Aaron Aziz dipilih lagi untuk dijadikan duta Baju Melayu oleh Jakel. Pada tahun 2015 ini juga adalah tahun pertama Jakel berkerjasama dengan Les Copaguq Production Sdn Bhd atas jenama Koleksi Baju Raya Upin Ipin. Di mana ia sekaligus akan menarik minat ibu-bapa yang inginkan baju melayu dan baju kurung kanak-kanak yang berkualiti untuk anak-anak mereka. Yang bagusnya, Jakel menawarkan koleksi baju raya untuk seisi keluarga dari yang tua hingga lah yang muda. Jadi, kalau nak beli baju melayu untuk raya, dah tak payah pergi tempat lain dah. Pergi je ke cawangan Jakel dan cukup!

#GempakRayaJakel2015
IMG_4040

Koleksi Baju Raya Upin & Ipin by Jakel – #GempakRayaJakel2015

Kalau korang nak tahu, lebih 30 warna dan corak baju dikeluarkan khas untuk koleksi Baju Raya Upin & Ipin by Jakel ini. Malah ia turut disertakan dengan butang baju melayu dan sampin yang mempunyai logo Upin & Ipin yang direka khas sempena penghasilan koleksi yang pertama ini. So, kalau beli sekarang, mana lah tahu nanti koleksi ini akan jadi koleksi ‘rare’ dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ohya, kalau korang perasan banyak sangat hashtaq #GempakRayaJakel2015 di facebook lah, di twitter lah, malah di instagram pun. Memang meriah betul dengan hashtag #GempakRayaJakel2015 ini. Kalau korang nak tahu, Gempak Raya Jakel 2015 ini adalah program dan aktiviti pertama untuk mempromosikan pada tahun ini. Program yang diadakan di Jakel Mall Kuala Lumpur ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Aasron Aziz, nabil Ahmad, Rozita Chewa, Mia Sara, Rykal Iskandar dan Upin & Ipin.

#GempakRayaJakel2015
IMG_3983

#GempakRayaJakel2015 Membawa Artis Kesayangan Lebih Dekat Dengan Peminat

Jakel Trading Sdn Bhd telah mengatur beberapa acara dan aktiviti khusus bagi program ini. Antaranya adalah sesi lelongan ‘HAPPY HOUR’ di mana duta-duta Jakel akan melakukan lelongan koleksi mereka. Para peminat juga boleh bergambar bersama selebriti kesayangan mereka semasa sesi Meet & Greet. Kalau korang nak tahu, Koleksi Baju Raya Aaron Aziz & Nabil Ahmad adalah koleksi yang berbeza kerana setiap mereka menampilkan rekaan baju yang berbeza. Kalau Baju Melayu Aaron Aziz lebih kepada rekaan baju lelaki normal dan Baju Melayu Nabil Ahmad pula lebih kepada rekaan ‘Slim Fit’ untuk menarik minat golongan muda yang konon-konon hipster gitu!

Baju Melayu Aaron Aziz dan Nabil ahmad menyediakan antara warna-warna yang dijangka bakal menjadi popular pada tahun ini, antaranya hijau zamrud, biru diraja, pic, jingga, hijau tiffany, hijau mint, merah cili dan banyak lagi sebenarnya.

#GempakRayaJakel2015
IMG_4002

Koleksi Baju Raya Moden Rozita Che Wan oleh Jakel – #GempakRayaJakel2015

Pada tahun ini, Jakel turut mengeluarkan Koleksi Baju Raya Moden Rozita Che Wan. Rangkaian koleksi ini didatangkan dengan lebih 10 rekaan yang eksklusif, moden dan elagan. Ia dijual dengan harga bermula RM329 dan ke atas. Terdapat pelbagai pilihan warna bagi setiap rekaan dan ianya boleh didapati di semua cawan Jakel seluruh Malaysia. Jadi, jom #GempakRayaJakel2015.