Category

DoubleTree Hotel By Hilton Best Ke?

  • 2 September, 2014

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

DoubleTree by Hilton Hotel Johor  Bahru adalah sebuah hotel baru yang terletak di negeri Johor. Hotel mewah ini terletak di Johor Bahru dan telah memulakan operasinya pada awal Jun 2014. Ia adalah cawangan kedua DoubleTree by Hilton Hotel di mana cawangan pertamanya terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur. DoubleTree by Hilton Hotel  Johor Bahru ini terletak hanya beberapa minit sahaja dari Central Business District. Selain dari itu ia juga berdekatan dengan Pusast Konvensyen Persada, bangunan kerajaan dan pusat membeli-belah di City Square. Kepada mereka yang ingin melawat ke pusat pelancongan seperti Legoland Malaysia, Zoo Johor, Masjid Sultan Abu Bakar serta kawasan sekitarnya, menginap di hotel ini adalah satu pilihan yang tepat di mana ia mudah serta dekat dengan kawasan pelancongan sekitar. Selain dari itu ia juga adalah hotel yang sesuai untuk ‘Business Traveller’ kerana ia amat hampir dengan Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Cangi.

Kemudahan di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

DoubleTree by Hilton Hotel  Johor Bahru ini mempunyai 10 ruang menyuarat moden di mana ia mampu menampung sehingga 800 orang hadirin termasuk dua ballroom yang boleh dibahagikan kepada beberapa ruang yang lebih kecil. Hotel ini juga mempunyai ruang serbaguna yang amat luas. Selain menawarkan ruang untuk disewakan, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru juga mempunyai pusat perniagaan dan pusat perkahwinan. Tidak lengkap pula rasanya jika hotel mewah ini tidak menyediakan pusat gym dan ia beroperasi selama 24jam sehari. Kolam renang pula adalah satu kemestian untuk hotel sebegini.

Screen Shot 2014-09-02 at 3.22.27 PM

Gambar kredit pada PROJEKTRAVEL.COM

Kamar yang tersedia di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Ketika menginap di Hotel ini, kami diberi bilik jenis Double Double Executive Room. Ternyata, bilik itu memang betul-betul selesa dan kami boleh tidur dengan amat nyenyak. Al maklumlah, bila dah berjalan dengan jadual yang padat tu mesti keletihan kan. Kalau anda ke Johor, pastikan DoubleTree Hilton Hotel Johor Bahru menjadi penginapan pilihan anda. Anda pasti tidak akan menyesal!

MAKAN KITCHEN AT DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Tidak sah kalau menginap di hotel sebegini kalau kita tak menjamah makanan yang disediakan oleh pihak hotel kan? Restoran yang diberi nama MAKAN KITCHEN ini dibuka setiap hari dari jam 6:30 pagi hingga ke 11:00 malam.
Di sini, mereka meyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Ciri-ciri reka bentuk dalaman serantau inspirasi dan menyajikan makanan istimewa tempatan yang terkenal yang disediakan di depan mata anda, Makan Kitchen adalah satu kemestian bagi pelawat yang ingin merasai beberapa masakan terbaik Malaysia. Mulakan hari anda dengan menikmati hidangan menggoda Peranakan Melayu, Cina, India dan di makan tengah hari dan makan malam. Stesen memasak secara langsung yang menarik dan bar jus mempamerkan makanan yang lazat dan minuman yang dihidangkan dan makan peribadi pilihan juga disediakan.

Nak cerita banyak pun tak teruja kan? Jadi tengok sendiri gambar-gambar dari lensaku ini.

IMG_9065
IMG_9067
IMG_9070
IMG_9072
IMG_9076
IMG_9084
IMG_9085
IMG_9086
IMG_9088
IMG_9089
IMG_9093
IMG_9095
IMG_9097
IMG_9103
IMG_9106
IMG_9114
IMG_9118

Kemudahan lain yang ada di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Antara kemudahan lain yang terdapat di hotel ini adalah ruang mesyuarat, ballroom, kolam renang, gimnasium dan pelbagai lagi. Ruang menunggu dan berehat di sekitar lobi hotel memang menyelesakan. Dengan pemilihan perabut dan kerusi yang pelbagai dan sesuai dengan tema yang ingin diketengahkan.

IMG_9131
IMG_9137
IMG_9140
IMG_9144
IMG_9149


Untuk info yang lebih lanjut mengenai DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU korang boleh rujuk di website mereka doubletree3.hilton.com [klik]

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

No. 12 Jalan Ngee Heng,
Johor Bahru,
80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868
FAX: 60-7-2686888

Check-in: 3:00 pm Check-out: 11:00 am

Parking:
Self parking: (Fee for non resident)
Valet: RM 18 (Per entry)

Terima kasih kepada Tourism Malaysia dan Santai Travel untuk trip kali ini. Semoga dapat kita sama-sama membawa dan mengharumkan nama Malaysia khususnya dalam mempromosikan Malaysia ni di mata dunia.