Siapa Sebenarnya Datuk Maznah Hamid

Siapa Datuk Maznah Hamid ?

Siapa yang tak kenal dengan seorang usahawan berjaya yg turut juga dikenali sebagai Iron Lady Malaysia? Datuk Maznah Hamid dikenali kerana usaha gigih beliau dalam perniagaan dan menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana untuk menjadi lebih berjaya terutamanya golongan wanita. Walaupun begitu, tidak kurang juga kaum lelaki yang mengagumi kegigihan Datuk Maznah Hamid dalam menjalankan perniagaan. Datuk Maznah Hamid ternyata seorang yang seorang yang sangat ramah dan mudah mesra dengan segenap lapisan masyarakat.

Dikenali melalui perniagaan keselamatannya iaitu Securiforce. Jikalau sebut sahaja Security semua sudah terbayang "oh pak guard". Namun sangkaan itu ternyata meleset. Bukan sekadar "pak guard" tetapi Securiforce menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh termasuklah penghantaran barangan berharga, sistem kawalan keselamatan berteknologi terkini dan pelbagai lagi yang melibatkan keselamatan.

 

Datuk maznah Hamid

Ketika Video Shooting Video Korporat Datuk Mazah Hamid

Selain dari itu Datuk Maznah Hamid juga mula melebarkan perniagaan dengan memulakan syarikat hartanah yang diberi nama Danau Lumayan dan kini masih lagi membangunkan projek-projek perumahan dan pusat komersial di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Dengan kejayaan yang telah dikecapi, Datuk Maznah Hamid ternyata sangat bermurah hati untuk berkongsi rahsia kejayaan melalui seminar-seminar yang menjemput beliau untuk berkongsi rahsia kejayaan serta memberi semangat, dorongan serta motivasi kepada ramai orang untuk lebih berjaya bukan sekadar dalam perniagaan semata-mata tetapi dari segenap aspek kehidupan secara keseluruhannya.

Walaupun Datuk Maznah Hamid boleh dikategorikan sebagai 'orang lama', beliau masih lagi mengikuti perkembangan semasa terutama dalam bidang IT di mana kita boleh LIKE Facebook Datuk Maznah Hamid kerana di situ Datuk Maznah Hamid sering berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat untuk pengikut-pengikutnya.

Facebook Rasmi Datuk Maznah Hamid

Untuk ke Facebook Rasmi Datuk Maznah Hamid, anda boleh klik di sini

FACEBOOK RASMI DATUK MAZNAH HAMID

Lagi Tentang Datuk Maznah Hamid

Berjumpa secara peribadi dengan Datuk Maznah Hamid ternyata satu peluang yang jarang sekali bagi orang kebanyakan seperti aku ini. Ternyata keperibadian yang dimiliki oleh beliau membuatkan semangat aku membara untuk lebih berjaya. Mungkin ramai yang tidak tahu yang aku bukanlah lahir dari keluarga yang berada. Sepertimana Datuk Maznah Hamid juga bermula dari bawah. Jika beliau boleh, kenapa tidak kita?

Datuk Maznah Hamid Canon EOS 60D

Canon EOS 60D + Stabilizer

Datuk Maznah Hamid 550D 60D Canon

Canon 550D + Slider & Canon 60D + Stabilizer

Mustaqim & I

Ketika melawat tapak projek Danau Lumayan

Di pejabat Datuk Maznah Hamid

With Datuk Maznah Hamid :-)

 

0 Comments

Be the first to post a comment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge