Category

Berbuka Masakan Ruhani Catering di EwanaFM (VIDEO)

  • 15 July, 2014

Tajaan Berbuka Puasa Ruhani Catering di ewana FM

Berbuka puasa oleh dikira sebagai tanda kemenangan umat Islam dalam menempuh dugaan berpuasa. Lebih-lebib lagi kalau dapat berbuka puasa percuma. Teirma kasih diucapakan kepada Ruhani Catering kerana telah menaja makanan berbuka puasa untuk para bloggers yang hadir ke konti EwanaFM sepanjang ramadhan 2014 kali ini. Pada yang tidak tahu tentang Ruhani Catering, ia adalah sebuah syarikat penyediaan makanan katering bumiputra yang berpengkalan di Hulu Langat, Selangor. Memulakan perniagaan katering setelah mendapat permintaan dari peserta-perserta Baheera Camp di mana dimiliki oleh pemilik Ruhani Catering yang terletak di Hulu Langat juga. Setelah mendapat komen serta maklumbalas positif dari peserta kem yang makanan dari Ruhani Catering in sememangnya enak maka pemiliknya Encik Zashidi Abd Wahab.

Menu Berbuka oleh Ruhani Catering di EwanaFM

Setiap hari menu berbuka adalah berbeza. Namun ketika kehadiran saya di eWanaFM kali ini, menu berbukanya adalah nasi putih bersama lauk-pauk yang lazat lagi menyelerakan iaitu ikan keli berlada, sayur campur goreng, gulai daging dan spaggeti! Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa masakan Ruhani Catering sememangnya lazat hingga menjilat jari. Menggunakan bahan masakan yang segar dan berkualiti sekaligus menghasilkan makanan yang sedap dan bersih.

Terima kasih eWanaFM dan Ruhani Catering

Tahniah diucapkan kepada eWanaFM kerana menganjurkan acara berbuka puasa di kontinya dan terima kasih tidak terhingga kepadaRuhani Catering kerana menyediakan makanan berbuka yang lazat dan berkualiti. Pastikan anda mendengar radio eWanaFM di laman web mereka iaitu http://www.ewana.fm dan pastikan anda singgah ke page RUHANI CATERING untuk mendapatkan servis katering dari syarikat mereka. #RuhaniCatering #sedapsenghoti #sajianwarisancitarasaramai

ruhani catering ewanafm
ruhani catering ewanafm