Category

Apabila Sudah Lama Tidak Menulis Blog

  • 22 July, 2013

Entri terakhir aku boleh dikatakan agak lama. Bayangkan kalau sebuah rumah tu dibiarkan selama 7 bulan tidak berpenghuni, aku kira keadaannya juga akan bersawang. Jika blog aku ini boleh di’sawang’kan, pasti blog ini pun akan bersawang juga. Kali terakhir blog ini dikemaskini adalah ketika aku pulang dari bercuti ke Bangkok Disember 2012 yang lalu.

Selama tujuh bulan perjalanan hidup aku ini banyak turun naik yang aku tempuhi lebih-lebih lagi dalam usaha aku untuk mencapai apa yang aku hajati. Memandangkan sekarang jam menunjukan pada pukul 2.33 pagi (ketika artikel in ditulis) maka boleh lah aku menulis rentetan peristiwa yang berlaku selama tujuh bulan aku meninggalkan blog ini usang tanpa sebarang kemaskini. Tapi ada juga yang menjenggah ke blog ini yang bertanya pelbagai soalan tentang kerjaya PEMANDU PELANCONG.

Screen Shot 2013-07-23 at 3.02.20 AM

Sekembalinya aku dari percutian ke Bangkok,Thailand. aku telah memulakan kembali kerjaya pemandu pelancong aku yang aku kira telah aku tinggalkan selama setahun atas sebab-sebab yang tertentu. Sebagai pemandu pelancong yang bekerja secara sambilan, aku mempunyai banyak masa terluang untuk aku lakukan pelbagai kerja lain. Selain kerjaya pemandu pelancong, aku yakin yang aku boleh dan mampu untuk menghasilkan seni sinematografi (videografi) yang baik. Maka dengan itu aku telah memulakan perniagaan videography aku dan video pertama yang aku hasilkan pada tahun 2013 adalah video perkahwinan. Aku tiada masalah dalam penghasilan video perkahwinan kerana pada sejak akhir tahun 2011 aku telah melibatkan diri dalam sektor videografi dan aku banyak terlibat dalam pengendalian acara (event management) jadi aku adalah tulang belakang penghasilan video event dan video korporat.

Datuk maznah Hamid

Ketika Video Shooting Video Korporat Datuk Mazah Hamid

Selain dari itu aku juga ada bekerja secara sambilan di beberapa studio terkemuka dari Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Melaka. Tugasan videografi aku rata-ratanya adalah untuk video perkahwinan. Tapi aku tak kisah sebab aku banyak belajar juga dari situ.

Selang beberapa lama selepas itu aku kian rancak dalam perniagaan videografi aku. Tapi normal lah bila dah masuk ke dunia perniagaan ini pelbagai dugaan lah yang melanda. Tapi itu normal sebab dunia perniagaan bukannya mudah. Client lambat bayar satu hal.  Ada juga payment yang aku tak dapat lepas dah bekerja di studio yang mengupah aku. Lebih dari satu pula tu. Tapi takpe bila keadaan tu berlaku aku pun belajar sesuatu kalau aku nak upah orang untuk bekerja dengan aku aku akan pastikan dia akan dapat duit dia selepas dia selesai kerja. Dan bukannya tunggu client habis bayar baru nak bayar upah orang yang kerja dengan aku. Sebab aku dah merasa di situasi itu. Aku anggap itu pengalamanlah.

Screen Shot 2013-07-23 at 3.07.19 AM

Dan kalau ada antara korang yang follow blog dan vlog aku aku ada bagitahu yang aku dalam perancangan untuk buat short film. Dan alhamdulillah, short film aku berjaya dengan kerjasama dari pelbagai pihak seperti Harian Islam sebagai penerbit, Amirul Redzuan pengarah filem (Pelajar Lim Kok Wing), Maze Lensa Studio sebagai pembekal peralatan, Starrdome Music Group sebagai penerbit muzik filem pendek ini dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak.

Screen Shot 2013-07-23 at 2.08.58 AM

Kalau korang nak menonton Short Filem aku tu boleh lah klik di link sini. http://youtu.be/ceyDNCj0j6Y

Dalam tempoh 7 bulan ini aku sekali lagi telah ke Krabi, Thailand. Aku pergi bersama bekas rakan sekerja aku dahulu iaitu Maze Lensa Studio. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam di sana dan ternyata percutian itu agak menyeronokan dan aku rasa aku akan ke sana sekali lagi tapi dengan syarat aku dah ada lesen penyelam scuba! (hari tu dapat merasa snorkelling sahaja)

Screen Shot 2013-07-23 at 3.11.46 AM
Screen Shot 2013-07-23 at 3.13.06 AM

Aku juga telah memulakan projek terbaru aku yang telah lama aku rancang (dah pernah buat pun sebelum ni tapi one man show) jadi bila dah ada team dan partner ni senang sikit kerja aku. Partner aku ni memang pakar pemasaran internet dan seorang web developer yang hebat selain dari mempunyai network internet yang tersendiri. Bukan calang-calang orangnya ye! Di mana masing-masing mempunyai kepakaran tertentu di mana kepakaran aku adalah dalam bidang videografi dan pengalaman aku sebagai pemandu pelancong. Projek ini akan menumpukan sebuah blog untuk mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia khususnya. So, projek ni baru je start dan alhamdulillah fasa projek ini bergerak mengikut jadual. Dan insyaallah tahun depan kami akan target yang lebih besar lagi. Project ini adalah http://iluvtour.com

1016770_143573605847278_358623340_n

Aku juga telah terlibat dalam pembikinan sebuah muzik video seorang artis baru iaitu Zaroll Zarriff. Seorang anak muda yang bersuara lunak dan mempunyai tone yang tersendiri.

Screen Shot 2013-07-23 at 2.12.25 AM

Kalau korang nak tengok music video dia klik link ini http://youtu.be/NGkYvkLNpkU

Jadi sepanjang perjalanan aku ini aku dapat kenal ramai orang. Mana yang boleh pakai dan mana yang tak boleh pakai. Mana yang hanya pandai sembang dan mana yang pandai buat kerja. Tapi itu bagus sebab aku dapat belajar tentang diri sendiri juga. Kalau kita tengok orang lain tak bagus, aku akan cermin diri sendiri, bagus sangat ke aku ni? jadi, malas nak cerita pasal orang yang tak bagus ni. Aku akan cerita orang-orang yang bagus je. Sebab bila kita cerita benda yang bagus, dan bila dikelilingi dengan orang-orang yang bagus kita pun akan jadi bagus. Setuju ke tak? Meh tinggal komen sikit kat bawah nanti! hahaha!

:)

jadi, paling latest aku sudah berkolaborasi dengan nama-nama besar juga seperti Harian Islam, Oh Media, Clora Studio, Lensa Creative , Three Sixty Management, Tune Talk, Kartel Records dan banyak lagi lah. Aku bersyukur kepada Allah swt sebab dengan izinNya aku berjaya sampai ke tahap sekarang. Selain dari mereka-meraka yang selalu support aku. Of course kepada mama yang faham perjuangan anak dia ini.! 

Dan insyaallah project terbaru aku akan datang aku akan terlibat dengan fashion cinematography untuk sebuah organisasi fesyen di Malaysia. Ia masih lagi di fasa permulaan, dan aku akan ke Langkawi pada hujung september ini untuk sebuah acara perlumbaan basikal antarabangsa.

Walaupun pencapaian aku ini tidaklah sehebat mana, takde pun client hebat-hebat, tapi sekurang-kurang aku berjaya menjadi orang yang lebih bagus dari aku yang dulu. Rasanya sampai sini je kot aku menaip. Gila apa tujuh bulan cerita nak letak dalam satu entri.