Advertorial : Blackberry Bold Touch 9900

Blackberry Bold 9900 memang salah satu peranti mudah alih yang sangat hebat.! Setelah sekian lama jenama Blackberry berada di dalam pasaran dunia, ia masih lagi dapat mempertahankan reputasinya sebagai smartphone. Walaupun dihujani dengan pelbagai persaingan dari jenama-jenama lain yang menawarkan peranti yang maha hebat, ternyata blackberry berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Blackberry Bold 9900 yang kini didatangi dengan design yang menarik didatangkan dengan paparan skrin yang besar malah pengalaman menaip menggunakan keypad nya juga amat menyeronokkan. Didatangkan dengan prosessor 1.2BHz , skrin sesentuh berovolusi tinggi, Sistem OS7 yang baru serta rakaman video HD memang dinanti-nantikan oleh penggemar peranti mudah alih masa kini.

Mempunyai ‘border’ besi di keliling peranti Bold 9900 ini seakan-akan Curge 3G. Berbekalkan memori dalam setinggi 8GB dan tambahan memori sehingga 32GB ternyata sesuatu yang hebat untuk model Blackberry Bold 9900. Mungkin ramai yang akan cakap “alaaa, samsung dengan IPhone rileks je sampai 64GB”. Namun tujuan asal Blackberry ini bukanlah untuk entertainment, ia untuk perniagaan dan gaya hidup eksekutif yang unggul serta moden. Ketika memegang Bold 9900 ternyata beratnya yang hanya 130g terasa bagaikan pelepah burung di genggaman tangan. Walaupun peranti mudah alih ini digunakan khususnya untuk pernigaan, ternyata beratnya lebih ringan dari apa yang anda jangkakan. Jika dari pandangan orang ramai pasti mereka akan menyatakan Bold Touch terbaru ini sama seperti Bold 1 yang dahulu. Memang benar! Tetapi ada perbezaan dari ketebalannya dan skrin sesentuhnya. Untuk pengetahuan anda keypad Bold Touch da Bold 1 adalah hampir serupa (atau memang sama) kerana model ini mempunyai keypad yang paling selesa untuk menaip.